Saturday, 23 July 2016

BENDERA SMK TENGKU LAKSAMANA


BENDERA SEKOLAH

Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana berukuran 175cm panjang dan 90cm lebar. Bendera ini dikibarkan sepanjang masa di tapak perhimpunan sekolah, Dataran Laksamana. Terdapat empat warna bendera sekolah iaitu biru, merah, kuning dan putih.
Biru melambangkan keharmonian, kesejahteraan dan ketenangan warga SMKTL.
Merah melambangkan semangat perjuangan yang gigih dalam mencari ilmu pengetahuan dengan tenaga pengajar yang bersemangat kental mendidik pelajar-pelajarnya.
Kuning melambangkan kehidupan warga SMKTL adalah di bawah naungan Raja berdaulat dan mempunyai peradaban lunas-lunas Rukun Negara.
Putih melambangkan anak-anak didik yang putih bersih umpama kain putih yang tentunya akan dicorak oleh tenaga pengajar dengan hati yang suci.
Perisai mempunyai semua warna tersebut di atas merupakan gabungan unsur-unsur institusi yang harmoni, mampu dan berani berjuang menimba ilmu pengetahuan dengan asuhan guru-guru yang dedikasi dan berjiwa kudus di bawah naungan Raja dan Negara yang merdeka. Rukun Negara dihayati dan menjadi amalan semua warga SMKTL.

LENCANA SMK TENGKU LAKSAMANA


Lencana SMKTL

Warna Lencana Sekolah

Kuning : Warna diraja, raja berdaulat.
Putih : Menandakan bersih dan suci dalam perjuangan hidup.
Biru : Melambangkan perpaduan.
Merah : Melambangkan keberanian dan kegagahan serta sanggup
menghadapi sebarang cabaran.

Lambang Lencana Sekolah

Lampu : Memberi cahaya (pelajaran) dan sinar harapan kepada
pelajar-pelajar supaya terus gigih belajar agara menjadi
orang yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Huruf SMKTL: Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Laksamana.

Lambang gear : Asas penubuhan sekolah adalah memberi perhatian
dalam kemahiran kraf tangan /seni perusahaan
dan teknologi.

Orang Berlari : Melambangkan semangat kesukanan.

Lencana ini telah dicipta oleh Encik Tony Huang Soon Huang, seorang guru lukisan dalam tahun 1962.

Warna

KUNING Melambangkan kehidupan warga SMKTL adalah di bawah naungan Raja berdaulat dan mempunyai peradaban lunas-lunas Rukun Negara.

PUTIH Melambangkan anak-anak didik yang putih bersih umpama kain putih yang tentunya akan dicorak oleh tenaga pengajar dengan hati yang suci.

BIRU Melambangkan keharmonian, kesejahteraan dan ketenangan warga SMKTL.

MERAH Melambangkan semangat perjuangan yang gigih dalam mencari ilmu pengetahuan dengan tenaga pengajar yang bersemangat kental mendidik pelajar-pelajarnya.

Misi dan Visi SMK TENGKU LAKSAMAN

VISI SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012 

Sejarah SMK TENGKU LAKSAMANA


Sejarah SMK Tengku Laksamana


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana terletak di atas tanah seluas 17 relung 229 jemba di Km 6, Jalan Kuala Kedah, Alor Star, Kedah.

Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Pelajaran Lanjutan Alor Setar diasaskan penubuhannya pada 2 April 1962. Pelajar lelaki menumpang di Kolej Sultan Abdul Hamid manakala pelajar perempuan di Sekolah Menengah Sultanah Asma.
Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 372 orang dan jumlah guru pula seramai 13 orang.

Pada tahun 1964, pelajar-pelajar ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama dan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru.

Pelaksanaan Dasar Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965 menyebabkan pertukaran nama sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Telok Chengai (L) khas bagi pelajar lelaki dan Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah bagi pelajar perempuan. Pelajar-pelajar mula berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada bulan Januari 1966.

Sekolah ini dirasmikan pada 23 Mac 1969 oleh Yang Berhormat En. Mohd.Khir Johari (Tan Sri) Menteri Pelajaran pada masa itu. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah yang pertama ialah YAB Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dato' Ooi Eng Hong.

Pada awal tahun 1985, sekolah ini mula mengambil pelajar-pelajar perempuan dan nama sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Tengku Laksamana pada bulan Mac 1988.