BENDERA SEKOLAH
Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana berukuran 175cm panjang dan 90cm lebar. Bendera ini dikibarkan sepanjang masa di tapak perhimpunan sekolah, Dataran Laksamana. Terdapat empat warna bendera sekolah iaitu biru, merah, kuning dan putih.
Biru melambangkan keharmonian, kesejahteraan dan ketenangan warga SMKTL.
Merah melambangkan semangat perjuangan yang gigih dalam mencari ilmu pengetahuan dengan tenaga pengajar yang bersemangat kental mendidik pelajar-pelajarnya.
Kuning melambangkan kehidupan warga SMKTL adalah di bawah naungan Raja berdaulat dan mempunyai peradaban lunas-lunas Rukun Negara.
Putih melambangkan anak-anak didik yang putih bersih umpama kain putih yang tentunya akan dicorak oleh tenaga pengajar dengan hati yang suci.
Perisai mempunyai semua warna tersebut di atas merupakan gabungan unsur-unsur institusi yang harmoni, mampu dan berani berjuang menimba ilmu pengetahuan dengan asuhan guru-guru yang dedikasi dan berjiwa kudus di bawah naungan Raja dan Negara yang merdeka. Rukun Negara dihayati dan menjadi amalan semua warga SMKTL.

No comments:
Post a Comment